Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 2.918
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›
jaran III
 pohon ~ Jw sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan utk makanan kambing)
jarang I

1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; <,i>3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;  

menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak;  

penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu)

jarang II (daun)

(daun) ~-~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata

jarang IV

jarang IV   Mn; menjarang memasak air; jerang

jaras I

berkas, ikat, kebat (benda-benda yg panjang);  

menjaras 1. mengikat menjadi segabung (seikat, seberkas); 2. mengatur serta menyusun baik-baik (rambut dll)

jaras II
sj bakul yg dianyam jarang-jarang (utk membawa buah-buahan dll); ~ dikatakan raga jarang prb orang yg mencela orang lain padahal diri sendiri ada celanya juga
jarem
Jk masih terasa sakit (pd bekas dipukul, bekas luka, dll)
jargon
bahasa khusus yg digunakan dlm bidang tertentu: perdebatan dgn ~ yg aneh-aneh yg menjadikan rakyat kebanyakan berasa semakin jahil; ~ politik
jari I

1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempul; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; 

~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ kelengkeng = ~ anak (renek) † jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata †)jari di antara ibu jari dgn jari hantu;  

~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa;  

jari-jari 1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. = jejari garis lurus dr pusat ke keliling bulatan

jari II
~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wallichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatic 
jari III
~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima)
jari-jari
1. kisi-kisi (jerjak) pd pintu atau jendela; 2. besi (kayu) yg menghubungkan pusat dgn lingkaran; 3. = jejari garis lurus dr pusat ke keliling bulatan
jariah I
Ar hamba perempuan
jariah II
Ar; amal ~ amalan baik yg memberi manfaat kpd pelakunya hingga ke akhirat
jariamun

(Sumatera) sj tumbuhan (herba laut), deringan (jerangan, jeringan) laut, Enhalus acoroides

jariji † jari
jaring

benang dll yg disirat utk sesuatu tujuan (spt menangkap ikan, burung, dsb, juga digunakan dlm permainan dll); menahan (merentang) ~ memasang jaring;  

jaring-jaring jala-jala; ~ bahu Id bahagian dada di bawah bahu;  

menjaring menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai itu; ~ angin prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;  

menjaringkan memasukkan sesuatu ke dlm jaring: dia telah dapat ~ empat gol;

terjaring termasuk (dlm) jaring, termasuk perangkap, tertangkap;  

jaringan 1. sesuatu yg menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yg terdiri drpd sel-sel yg serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yg telah masuk (dlm) jaring;  

penjaringan perbuatan menjaringkan;  

penjaring orang yg menjaringkan sesuatu (bola dsb): ~ terbanyak

jaro
Jk buluh (yg dilubangi) utk tiang pagar; pagar ~ pagar drpd buluh yg dipancang-pancang
jaru → jaharu
jarum I

1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat memasukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai pengiriman senjata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel;  

~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik;  

~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; bagai tungtung ~ dilaga prb tidak tetap (lekas berubah, rosak, dll); lulus ~, lulus kelindan prb kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendak-kehendak lain akan menurut; mengadu hujung ~ prb melakukan sesuatu pekerjaan yg sangat sulit; mengenakan (memasukkan, menjalankan) ~ halusnya prb melakukan tipu daya secara halus utk mencapai sesuatu maksud;  

jarum-jarum jarum penunjuk pd alat timbang;  

berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik;  

menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut);  

terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus);  

jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari

‹ First  < 12 13 14 15 16 >  Last ›