Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 5.658
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›
jegang
1. tegang, kaku, liat; 2. mati keras
jege (jegé)
Kd membeliakkan mata (kerana marah dll)
jegela

Pr; orang ~ pelawak, badut

jegil; menjegil

membeliak, membelalak (mata): Minah ~, Bujal terperanjat;  

menjegilkan membeliakkan, membelalakkan (mata): Yusof ~ matanya ke arah murid-murid;  

terjegil terbeliak, terbelalak

jegung
petak di buritan kapal tempat menyimpan tali (layar dll)
jejak I

1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~hampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya;  

~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik);  

mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia;  

berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~;2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi;  

menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia;  

menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki;  

menjejakkan menginjakkan (kaki)

jejak II

Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah)

jejaka
Jk pemuda, belia, bujang; jaka I
jejal; berjejal, berjejal-jejal

penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~;  

menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh, menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman;   

terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu.  

jejala

jejala   jala-jala; jala

jejamang
jamang-jamang; jamang
jejambat
jalan raya yg dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain spt jambatan: ~ yg merentangi jalan kereta api itu penuh sesak. 
jejamu → jamu
jejantas
jambatan (di atas jalan raya) utk pejalan kaki melintas jalan
jejap
jijik
jejari

garisan lurus dr pusat ke lilitan;  

~ atom 1. jarak di antara nukleus atom dgn elektron valens atom tersebut; 2. jarak yg merupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yg serupa; ~ ion nilai jejari bagi ion dlm pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan bersaiz tertentu)

jejejarum

= ~ merah sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, Ixora concinna; jarum II

jejas
1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. = berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~;  
jejas menjejaskan

1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka;  

terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama;  

jejasan perihal jejas (luka dll);  

penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang.  

jejawat
orang yg membawa barang hantaran semasa istiadat (spt istiadat bercukur dll) di istana
‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›