Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.732
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›
jelai II
sj jem drpd buah-buahan (dimakan dgn roti dll)
jelajah I; menjelajah

pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll);  

menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan;  

penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik;  

penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amundsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. 

jelajah II
Mn; menjelajahkan menerangkan, menghuraikan
jelak I

bosan, jemu, kenyang, puas (makan dll); jemu ~ sangat jemu;  

terjelak kekenyangan

jelak II; menjelak

Kl, Tr mencuri, melakukan sesuatu secara diam-diam (dr belakang dll)

jelalat

Jk; sejelalat sekejap (mata);  

jelalatan memandang sekeliling dgn liar

jelamprang, jelamperang

Jw; kain ~ sj kain panjang

jelan

 Kd; menjelan menjelir (lidah)

jelanak I; menjelanak

merayap dgn menghendap, menyelinap (di antara pohon-pohon dll), menyorok

jelanak II
Kl muntah
jelang I; menjelang
1. datang berkunjung (menengok), menghadap (raja, orang besar): dia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk ~ tetangganya; itulah sebabnya yg membuat Nakhoda Muda pergi ~ Pangeran Kusumaningrat itu; 2. hampir, sudah dekat (bkn waktu, malam, siang, dll): ~ tengah malam barulah kami sampai di kampung penghulu itu; 3. menghadapi, menyambut, menyongsong: ~ hari raya; 4. kepada, menghadap (pd alamat surat); 5. melihat, menatapi: ~ bulan melihat anak bulan pd akhir puasa
jelang II
Mn cair, encer
jelangak; menjelangak
1. mengangkat kepala ke atas, menengadah, mendongak: beberapa orang yg berada berhampiran dgn Jambatan Aioi ~ ke angkasa; 2. Kd tidak begitu cermat (memandang sewaktu berjalan, melakukan sesuatu)
jelantah I
nasi yg kurang masak (setengah mentah)
jelantah II
minyak kelapa yg sudah dipakai utk menggoreng
jelapak Mn; berjelapak, berjelapakan
1. berkaparan di sana sini, berserak-serak; 2. jatuh ke belakang (terlentang); 
jelapak terjelapak
1. terkapar, terserak-serak; 2. terlentang
jelapang
tempat menyimpan padi, rengkiang; ~ padi ki kawasan yg banyak menghasilkan padi
jelar ; menjelar
1. menjalar; 2. rebah membujur (memanjang)
jelas I

1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; keterangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~;  

sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka;  

berjelas-jelas berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang;  

menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut);  

menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk sementara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), menghabiskan, membereskan: dia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~ harga motokar itu;

memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh;  

kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan;  

penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll);

~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menyelesaikan pembayaran cek dll antara bank; 

penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang.  

‹ First  < 18 19 20 21 22 >  Last ›