Ditemukan : 1135 Record
jelas II
sj tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit, Enrycoma longifolia
jelat
Kl; jauh ~ jauh sangat
jelata
rakyat ~ rakyat biasa (bukan drpd golongan bangsawan atau hartawan);
menjelata † melata; → lata III
jelawai
sj tumbuhan (pokok), Terminalia subspathulata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), tembatu, Neoscortechinia kingii
jelawardi † → lajuardi
jelawat
sj ikan darat, Leptobarbus hoevenii
jelebat
sj ikan laut, Setipinna taty
jeleber I; berjeleber (jeléber)
1. berkedut sangat dan berjuntai (kulit orang yg sudah tua dll); 2. terburai, berumbai (kain dll)
jeleber II; berjeleber
(jelébér) Kl mengumpat
jelejeh (jeléjéh); berjelejeh, menjelejeh
meleleh (air liur dll), menjejeh
jeleket (jelékét); menjeleket
melekat (bkn kertas, kelopak mata, dll);
jeleketan (Fiz) tarik-menarik sesama molekul sesuatu benda;
kejeleketan keadaan jeleket
jelempah; menjelempah
bergelimpangan, terlantar di mana-mana
jelengar; menjelengar, terjelengar
memandang dgn kehairan-hairanan: dlm berjalan itu, sentiasa ia terjelengar-jelengar, memandang berkeliling dgn hairan.
jelentik; menjelentik
jelepak (jelépak) → jelepok
jelepak; menjelepak
putih ~ sangat putih; → lepak I
jelepek (jelepék)
Kl terkulai kerana tinggi dan lembik
jelepok (jelépok);
menjelepok, terjelepok jatuh terduduk, jatuh tersila: mereka duduk ~ akibat keletihan.
jeleweh (jeléwéh)
terjuntai (bibir), juih
jeli
Jk elok dan bercahaya (mata)
(jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb
|