Ditemukan : 1135 Record
jeligur
Jw hampas kopi
jelik
buruk, hodoh, jahat, tidak baik: kelakuannya ~;
menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan;
kejelikan keburukan: karya Ibrahim Omar ini menampakkan ~ hidup manusia Melayu di kota-kota.
jelilatan
Jw jelalatan; → jelalat
jelimpat ; menjelimpat
menyimpang dr jalan (arah yg dituju)
jeling
pandangan dgn ekor mata, kerling;
menjeling memandang dgn ekor mata, mengerling: tidak ada antara mereka yg memandang, kalau ada pun sekadar memalis dan ~;
jelingan kerlingan
jelingah
Kl gatal, biang (disebut utk perempuan sahaja)
jelingan
kerlingan
jelir; menjelir, terjelir
keluar sedikit lidah dll: lidahnya terjelir sedikit;
menjelirkan mengeluarkan (lidah dll): tenggiling ini boleh ~ lidahnya keluar dgn panjang.
jelira
puas (bkn makanan, minuman, dll), meresap ke segenap anggota tubuh
jelit; menjelitkan
mencantumkan, menyisipkan
jelita I
cantik, elok, molek: dr tingkap rumahnya itu dia dapat melihat seorang gadis ~ sedang menunggu bas;
kejelitaan perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis kampung itu.
jelita II
sj tumbuhan (herba), kancing baju, Corchorus capsularis
jelitawan
gadis (wanita) yg jelita
jeliti
sj tumbuhan (pokok), membatu, terak, Planchonella oxyedra
jelma; menjelma
1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu;
menjelmakan † 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu;
terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud;
jelmaan sesuatu yg telah menjelma; hasil drpd menjelma;
batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari dan air serta udara dll;
penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya.
jelopong
Tr comot, kotor: baju kamu kenapa sampai habis ~.
jelu I
Jk berasa kesal, sebal hati
jelu II
~ masak pisang, sj binatang mamalia (spt memerang), pulasan tanah, Mustela nudipes
jeluak; menjeluak
1. berbunyi sewaktu hendak muntah, muntah (kerana terlalu kenyang); 2. Kl melimpah (air);
menjeluak ki melahirkan: hatinya ~ rasa gembira yg tidak terperikan.
jeluang
sl kertas atau kain yg dibuat drpd kulit kayu
|