Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 519
Hari ini : 12.143
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 30 31 32 33 34 >  Last ›
jerahak; terjerahak

tidak terpelihara, terbiar, terbengkalai, terlantar

jerahap; menjerahap
menelungkup dgn tangan terentang, meniarap;  
jerai
sj tumbuhan (pokok), Ficus spp
jentik I; jentik-jentik, jejentik

anak nyamuk yg masih berupa ulat dlm air;  

sejentik sedikit: ~ tiada sedarkan diri;  

menjentik 1. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, mencubit; 2. menggetik dgn belakang hujung jari (yg dibidaskan dgn ibu jari): guru ~ telinga budak yg nakal itu; 3. ki, bp menegur, memarahi;

jentikan 1. cubitan; 2. getikan; 3. ki, bp teguran

jentik II
Jw kelengkeng
jentikan

1. cubitan; 2. getikan; 3. ki, bp teguran

jentolak
traktor penyodok yg kuat utk meratakan atau mengangkut tanah, batu, dll; buldozer: pinggir hutan itu sedikit demi sedikit telah dikikis oleh beberapa buah ~. 
jentu
tangkai bunga (yg terbesar pd bunga yg berkarang)
jentuai
mesin yg digunakan utk menuai (padi dll)
jenu
Jw tuba (utk memabukkan ikan)
jenuh I

1. puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu); 2. jemu, bosan: ~ mencari tidak berjumpa;  

menjenuhkan menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan;  

kejenuhan perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan

jenuh II
Kl banyak
jenulung

1. sj ikan darat, julung(-julung), Xenentodon canciloides; 2. sj ikan laut, Hemirhamphus spp

jenut
tempat binatang menjilat garam, sira, taram, sesapan
jepit, menjepit

mengapit (menekan, menyepit, dll) sesuatu di antara dua benda yg dikatup: dia menggunakan ragum utk ~ serta mengangkat besi yg panas itu;  

terjepit 1. terhimpit di antara dua benda, tersepit: kakinya ~ di celah dahan-dahan kayu; 2. ki terperangkap (terkepung dll) kerana terdesak dr kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet drpd dua pihak: India dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh Jerman dr barat dan Jepun dr timur;  

jepitan, penjepit alat utk menjepit, penyepit

jeprat
Id ; menjeprat memercik
jepret (jeprét)

Id bunyi spt bunyi pisau yg ditikamkan pd batang pisang dll;  

menjepret melontar batu yg kecil dll dgn alat pelontar (lastik);

jepretan alat pelontar batu dll, lastik

jepun I
sj ikan laut, Ariomma indica
jepun II
bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yang senantiasa menghijau), jitung, zetun, Thevetia peruviana
jeput I; sejeput

sejemput;  

menjeput menjemput; jemput I 

‹ First  < 30 31 32 33 34 >  Last ›