Ditemukan : 1135 Record
jeput II
sehari ~ = se~ hari Jk sehari suntuk, sehari-harian
jer
Id, bp kep juru; ~ batu jurubatu
jera
tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~ bergaul dgn pemuda itu;
menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan
jerab
Kd tidur yg nyenyak, lena
jerabai; berjerabai
berumbai-umbai, berjumbai-jumbai; → jerambai
jerabar
Kl mengambil dgn pantas, menyambar, merampas
jerabut
penuh dgn bulu, rambut (spt sabut), serabut;
berjerabut berbulu, berserabut
jeradik
sj kuih yg dibuat drpd tepung
jeragat
bintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pd muka
jeragur
sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk, petai belalang, sebusuk, Cassia siamea
jerah I
sedang banyak (buah-buahan dll kerana musimnya), terdapat di mana-mana (penyakit dll)
jerah II
~-jerih sangat jerih
jerah III
Kl asah, kilir
jerahak; terjerahak
tidak terpelihara, terbiar, terbengkalai, terlantar
jerahap; menjerahap
menelungkup dgn tangan terentang, meniarap;
terjerahap jatuh tertiarap
jerai
sj tumbuhan (pokok), Ficus spp
jerait; berjerait, berjeraitan
berkait-kait, berjalin-jalin, paut-memaut, sangkut-menyangkut (jari, akar-akar kayu, dll)
jerak
sj tumbuhan (pokok renek), empoyan pedang, pokok salah nama, Decaspermum fruticosum
jeram I
air terjun di sungai, penderasan;
berjeram mempunyai jeram: perahu jalur ini lebih cekap dan tahan digunakan bagi sungai yg ~.
jeram II; menjeram
membasahkan kepala (dgn air), menjaram
|