Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.222
Hari ini : 18.851
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›
jihad

Ar 1. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah; 2. ki penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yg hendak merosakkan negara dll (spt hawa nafsu, diktator, dll);  

berjihad melakukan jihad: penduduk negeri diseru supaya ~ utk menentang rejim diktator itu.  

jihat
Ar arah, pihak, sisi: cahaya fajar pun menyingsinglah dr ~ timur.
jihin
Mn jin
jijak → jejak I
jijik

1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~;  

menjijikkan 1. berasa jijik akan, menganggap jijik; 2. menimbulkan (mendatangkan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami;  

kejijikan perihal jijik; 

penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya.  

jijit; menjijit

menjinjing; jinjit II

jika, jikalau
kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; kalau
jila

Mn; terjila menggeletak di tanah (spt mayat), terlantar; jela

jilah
Kl, Mn  bersih, cuci, habis
jilam
Mn; menjilam, menjilami menjilat-jilat (bibir dll)
jilat; berjilat

menghulurkan lidah utk merasai sesuatu; ~ besi menghulurkan lidah mengenai besi hangat (utk menentukan apakah seseorang itu bersalah ataupun tidak);  

menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); 

menjilat = jilat menjilat berkali-kali;  

~ cak Kl, bk mati; ~ tapak tangan ki sesuatu (benda dll) yg diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya; 

sudah diludah, dijilat kembali prb sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali;  

jilatan 1. perihal menjilat; 2. barang apa yg dijilat;  

penjilat orang yg menjilat (mengangkat seseorang), tukang angkat

jilbab
Ar pakaian longgar (termasuk kerudung) yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan
jilid

1. jahitan buku; tukang ~ tukang yg menyusun serta menjahit lembaran kertas menjadi buku; bahagian ~ bahagian dlm perusahaan percetakan tempat buku dijahit; 2. penggal atau bahagian buku: ~ kedua drpd buku sejarah itu masih belum terbit lagi;  

berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan buku);  

berjilid-jilid beberapa jilid;  

menjilid menyusun helaian-helaian (buku dsb) dan menjahitnya sehingga berbentuk buku dsb: kami melihat pekerjaan mengatur huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku;  

jilidan hasil drpd menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dsb) yg dijahit sehingga berbentuk buku dsb; 

penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid;  

penjilid tukang jilid

jim
huruf kelima abjad Jawi (mempunyai nilai 3); tahun ~ tahun ketiga drpd tahun yg kelapan (dlm daur kecil)
jimak

Ar perihal bersetubuh;  

berjimak bersetubuh;  

menjimak bersetubuh dgn

jimat I

1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat;  

berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll);  

menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air;  

kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; 

penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara;  

penjimat orang yg jimat

jimat II → azimat
jimbam

lembap (dlm gerak-geri, pelajaran, dll), tidak cerdas: gurunya sentiasa memarahinya kerana lemah dan ~ dlm pelajaran;  

bagai si ~ hendak hilir prb orang yg lembap dlm sesuatu pekerjaan

jimbit; menjimbit
memegang atau mengangkat sesuatu dgn jari, mencebet; bimbit
jimpas
Ph tidak ada yg tinggal lagi
‹ First  < 38 39 40 41 42 >  Last ›