Ditemukan : 1135 Record
jin I
sj makhluk halus: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir;
berjin 1. ada jin; 2. menggunakan jin utk sesuatu tujuan
jin II
sj arak yg diperoleh dgn menyuling bijirin spt barli, malt, rai, atau jagung dgn beri juniper, jenewer; ~ pahit minuman keras
jin III
pelana
jinak
1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri;
berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah;
menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn;
menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka;
penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah;
penjinak orang yg menjinakkan binatang
jingap → jingau
jingau
Mn; menjingau menjenguk
jingga
kuning yg agak kemerah-merahan, oren
jinggang
ramping
jinggering
Jw; sepatu (sandal) ~ kasut (selipar) yg bertumit tinggi; gelas ~ gelas yg berkaki panjang
jinggih, jinggir, jinggit → jengger
jingkat; berjingkat
berjingkat-jingkat, terjingkat, terjingkat-jingkat berjalan tempang, pincang (kerana kaki pendek sebelah), singkat: dia berjalan terjingkat-jingkat kerana kaki kirinya terseliuh.
jingkau → jangkau, jengkau
jingkir
gerai (tempat berdiang bagi orang perempuan yg baru bersalin), tempat bersalai
jingkit; berjingkit, berjingkit-jingkit
berjalan dgn meloncat-loncat
jingkrak
Jk; berjingkrak, berjingkrak-jingkrak melompat-lompat (kerana gembira, girang hati, dll)
jinjang
1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja;
pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja;
berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana
jinjing I; menjinjing
membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb tolong-menolong antara satu sama lain (baik dlm kesenangan mahupun dlm kesusahan);
jinjingan sesuatu yg dijinjing
jinjing II
sj tumbuhan (pokok) yg dibuat papan, batai, segun, Albizzia falcata (moluccana)
jinjing III
Kl berdiri di atas jari kaki
jinjingan
sesuatu yg dijinjing
|