Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.681
Hari ini : 21.035
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 40 41 42 43 44 >  Last ›
jinjit I

Jw; berjinjit, berjinjit-jinjit berdiri (berjalan) dgn hujung jari kaki sahaja yg berjejak ke tanah, berjengket-jengket;  

terjinjit-jinjit terjengket-jengket: Puan Milah ~, takut jatuh kerana papan anak-anak tangga itu tipis-tipis belaka.  

jinjit II; menjinjit

menjinjing, membimbit: gadis itu kelihatan ~ sebuah bungkusan di sebelah tangan kanannya; jijit

jinjit III; menjinjit
mencubit sambil menarik (getah, telinga, dll), memulas
jinsom
sj akar utk dibuat ubat kuat
jintan

1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih.  

jintih

~ putih sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, perincen, sedamit, Urophyllum streptopodium

jip
sj kenderaan kecil yg kuat serta tahan lasak (banyak digunakan oleh tentera)
jipang I → jebang
jipang II
Mn cabang, dahan
jipang III
Jw 1. buah labu; 2. sj kuih yg dibuat drpd pulut dan gula
jiperak
kain ~ sj anak baju (singlet)
jiplak

Jw; menjiplak 1. jiplakkan kertas kosong di atas gambar atau tulisan yg telah ada dan menirunya;  

jiplakan salinan, tiruan, kutipan, dll; 

penjiplakan perihal atau perbuatan menjiplak, plagiarisme; 

penjiplak orang (pihak) yg menjiplak atau meniru hasil kerja orang (pihak) lain

jipro
IB bp nona, guru perempuan
jir → jih
jirai
sedikit (drpd suatu benda, zat, dll)
jirak

sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya boleh dimakan), beberas, mempadi, Eurya acuminata

jiran

orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat;  

berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang; bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); 

kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan.  

jirat I
1. kubur (utk orang bukan Islam); 2. batu kubur; membuang bunga ke ~ prb mensia-siakan tenaga (wang, masa, dll)
jirat II
Jk jerat
jirian
sj keputihan (pd orang perempuan)
‹ First  < 40 41 42 43 44 >  Last ›