Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.075
Hari ini : 27.811
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›
jPj
kep Jabatan Pengangkutan Jalan
jPM
kep Jabatan Perdana Menteri
jPN

kep Jabatan Pendaftaran Negara

jua
1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg mendahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; juga
juadah

1. sj kuih yg dibuat drpd beras pulut dll; 2. kuih atau penganan (secara umum); 3. bekal (berupa makanan)

juah Kl → jeruah
juak I; juak-juak
hamba raja yg mengiringi raja atau membawa alat kebesaran, biduanda
juak II; berjuak

berlawan, berlumba, bertanding;  

menjuak 1. memberangsangkan ayam sabungan (supaya berlaga lagi); 2. ki menghasut (supaya berkelahi dll);  

penjuak orang yg menjuak, penghasut; ~ perang penghasut perang

juak III

Mn; menjuak menganjur ke atas; 

menjuakkan 1. menaikkan tinggi-tinggi: juakkan kotak itu supaya dapat dilihat oleh semua orang; 2. ki menaikkan ke tempat atau ke taraf yg tinggi, memuliakan: perjuangan setiap penyair ialah ~ karyanya ke tingkat kesenian yg tinggi.  

juak IV

Kl; berjuak berjumpa dgn tiba-tiba

Kl; berjuak-juak berduyun-duyun

sj tumbuhan (pokok kecil), mencabai, tangis sarang burung, Heynea trijuga

jual

bp = berjual, menjual; ~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) sombong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual;  berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi;  

berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~ ; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya;  

~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak memperagakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) membuat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk kepentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi;  

~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;  

menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual;  

menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dlm, tolonglah jualkan beta cincin ini;  

terjual 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual; 

~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri;  

jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan;              ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj)

penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll);  

penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ † pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu

jual beli

(urusan) menjual dan membeli barang (antara peniaga atau penjual dan pembeli); 

berjual beli menjual dan membeli barang-barang, berniaga, berdagang;  

memperjualbelikan menjual dan membeli, memperdagangkan: di negeri ini tidak dibenarkan ~ candu.  

juala

rumput ~ sj tumbuhan (herba), Bidens pilosa

juandang
bujang ~ orang halus yg boleh mendatangkan untung baik atau buruk kpd orang yg berjudi (bertaruh dll)
juang I; berjuang

1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, berlawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menentangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah;  

gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah;  

berjuangkan sl melagakan, melanggarkan: segala orang yg bergajah, ~ gajahnya dan segala yg berkuda, bergigitkan kudanya;  

menjuang sl melanggar, menyerang: musuh mana akan datang, mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang;  

memperjuangkan hendak memperoleh sesuatu dgn berjuang: mereka mogok kerana hendak ~ gaji yg lebih tinggi;  

perjuangan perihal berjuang utk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu: kita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dlm ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu;  

seperjuangan sama-sama berjuang: kawan ~ ;  

pejuang orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya

juang II; juang-juang
1. sj tumbuhan (herba), lenjuang (bukit), senjuang, Dracaena congesta; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lenjuang, senjuang, Cordyline fruticosa
juar
daun ~ sj tumbuhan (pokok), Oroxylum indicum; johar II
juara I

1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya mendapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ menanti orang yg memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding utk mempertahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian;  

adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~; selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula;  

menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat;  

kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia.

juara II

ikan ~ sj ikan sungai, Pangasuis spp

jubah

Ar sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dll);

berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan ~.  

‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›