Ditemukan : 1135 Record
jonjot
cekut, jemput;
sejonjot sejemput (kapas, tembakau, dll);
menjonjot mencekut, menjemput: ~ kapas
jontoh
sj dongeng (bertalian dgn adat)
joon
Kl, Tr cuaca yg redup, mendung: tidak dihiraukannya hujan rintik-rintik yg turun dr langit ~.
jopo
Kl; berjopo bertompok, bertimbun
jongol; berjongolan terjongol
timbul atau tertonjol keluar sedikit: kepalanya ~ sedikit dr mulut jendela; jengul
jongor
muncung yg panjang (pd kumbang, ikan, dll): ~ babi; ~ perahu bahagian hadapan perahu yg panjang tirus;
menjongor menjengul
jongos
cekut, jemput;
sejonjot sejemput (kapas, tembakau, dll);
menjonjot mencekut, menjemput: ~ kapas.
joran
batang ~ tangkai pancing; ~ (tongkat) ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll)
joreng (joréng)
keping kecil (tanah, kain, kertas, dll);
sejoreng sekeping, secarik, sepotong;
menjoreng memotong (menghiris) sedikit
jori
sepasang (kuda yg dipasang di muka kereta dll)
jorok I
Mn; menjorok menganjur (keluar atau ke dlm): tanah yg ~ ke laut;
menjorokkan menganjurkan, menjadikan menganjur
jorok II
Jk 1. kotor, cemar; 2. = penjorok pengotor
jorong I
bulat panjang: pinggan ~ ; mangkuk ~.
jorong II
tempat sirih yg berbentuk bulat panjang: ~ emas dan ~ perak.
jorong III
cerobong, corong;
menjorong memasukkan sesuatu melalui corong; menonton bagai dijorong masuk (keluar) satu demi satu (berturut-turut)
jorong IV
1. bahagian drpd buah dll yg membonggol; 2. penjuru, sudut, pojok, kampung; kepala ~ Id ketua drpd bahagian sebuah kampung
jose (josé)
jotos
Jw tinju;
berjotos bertinju; jago ~ orang yg kerjanya bertinju;
menjotos meninju;
jotosan pertandingan bertinju
joule (Fiz)
unit kerja atau tenaga yg bersamaan dgn kira-kira 4.2 kalori
jPA
kep Jabatan Perkhidmatan Awam
|