Ditemukan : 4220 Record
kebestarian
perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain.
kebetulan
1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;
kebiadaban
perihal (kelakuan dsb) biadab
kebiaran
terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~.
kebiasaan
hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;
kebidanan, perbidanan
perihal atau yg berkaitan dgn pekerjaan (tugas dan tanggungjawab dsb) bidan: ilmu ~; pakar ~.
kebijakan
perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka.
kebijaksanaan
perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah.
kebil; terkebil-kebil
terkelip-kelip (mata), sekejap celik sekejap pejam (spt mata orang yg kehairanan, terperanjat, dll): anak-anaknya juga tercengang sambil mata mereka ~.
kebilangan
termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi;
kebimbangan
perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~.
kebinasaan
perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman;
kebinatangan
bersifat spt binatang (buas, ganas, dsb), kehaiwanan: dia didorong oleh nafsu ~ sewaktu melakukan pembunuhan itu; nilai-nilai kemanusiaan dan ~ mulai berombak dlm dirinya.
kebingaran
perihal bingar, kebisingan: ~ bunyi titikan air hujan bercampur baur dgn bunyi daun pisang mengepak-ngepak dipukul angin.
kebingitan
perihal bingit: ~ bunyi enjin kapal terbang itu memekakkan telinganya.
kebingungan
1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat;
kebirahan
kegatalan
kebiri → kembiri I
kebiru-biruan, kebiruan
agak biru, sedikit biru
kebisaan
kena bisa, menderita kerana kena bisa: Dang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu.
kesanggupan, kecekapan
|