Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 400
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›
kebudayaan
keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;  
kebudimanan
ketinggian tingkat bijaksana (murah hati): A. Samad Said terkenal dgn ~ hatinya kpd teman-teman penulis.
kebugaran
1. hal subur (tentang tumbuhan): benih itu lebih besar dan akan tumbuh sbg pokok-pokok yg rendah dan penuh ~; 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia)
kebuk

 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup; 

~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, mengandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan digunakan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggunakan atau membebaskan bahan atau gas beracun

kebukuan
spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;
kebul
Jk asap; kepul I
kebulatan

perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);  

kebuli → kabuli
kebumiputeraan
perihal bumiputera,yg berkaitan dgn sifat-sifat bumiputera, keperibumian
kebun

tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; 

~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); 

berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; 

memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; 

perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina;  

pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); 

pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun

kebungaan
bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. 
kebungkaman
keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya;
kebuntuan
perihal (keadaan) buntu
keburu

Jk 1. tergesa-gesa, tergopoh-gapah; ~ nafsu terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu); 2. masih sempat; masih ~ belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat; tidak ~ tidak sempat, terlambat, ketinggalan

keburukan

1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri;  

kebusukan
1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;  
kebut I

tukang ~ Id bp penjaga garis di padang bola sepak

kebut II; mengebut, mengebuti
membuang (menghilangkan) debu dgn kain dll, mengebas: ~ pakaian
kebutaan
perihal buta, keadaan buta
kebutahurufan
perihal (keadaan) tidak boleh membaca dan menulis
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›