Ditemukan : 4220 Record
kebelai
sangat lapar
kebelengguan
rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;
kebembem → kebambam
kebenaran
1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan;
kebencanaan
sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan.
kebenci
Mn ubat dll utk menjadikan benci: dicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai;
kebencian
1. perihal benci (rasa, sifat benci): lama-lama ~ itu hilang begitu saja; 2. sesuatu yg dibenci;
kebendaan
1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~;
kebengisan
perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;
kebengkengan
perihal (sifat) bengkeng, kebengisan, kegarangan
kebeningan
keadaan bening (jernih, hening): ~ malam
kebenuaan
bersifat benua: iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk.
keber (kébér); mengeber
Kl, Tr 1. membentang kain (drpd lipatannya); 2. menceritakan, mendedahkan (hal orang): dia tu kalau bercakap, mulalah ~.
keberadaan
keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;
keberahian
perihal berahi, keghairahan;
keberangan
perasaan marah yg amat sangat, kegusaran: dia terketar-ketar ~;
keberangkatan
perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;
keberanian
kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan;
keberatan
1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;
keberbahayaan
perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;
|