Ditemukan : 4220 Record
kecuaian
perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;
kecuak
Jk lipas; → kecoak
kecuakan
perasaan cuak (takut, cemas, gentar), ketakutan: di wajah askar itu, terbayang ~ akan kebesaran Allah.
kecuali
1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian;
berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis;
mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan;
mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah;
terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah;
kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll; sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb);
perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China;
pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan.
kecubung I
1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel; 2 = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa);
~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentaculata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~ sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganja prb sama-sama jahat;
berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapannya); cubung I
kecubung II
Kl, Tr bengkak
kecuh
~-kecah sangat sibuk (ketika melakukan sesuatu), terburu-buru, tergesa-gesa, terkocoh-kocoh; dgn se~ dgn seketika sahaja.
kecukupan
ada apa yg diperlukan, tidak kekurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja;
keculun
sj tumbuhan (pokok), Clerodendron disparifolium
kecumik; berkecumik
komat-kamit
kecundang I = terkecundang
gagal, kalah, tewas (dlm pertarungan, perlawanan), gagal: sekali ini aku terkecundang betul-betul; konsep MAPHILINDO yg menggabungkan tiga negara itu telah ~ akibat politik semasa;
kekecundangan keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat menebus ketewasan dan ~ hari ini.
kecup = kecupan
ciuman dgn melekatkan bibir;
mengecup mencium dgn melekatkan bibir pd sesuatu;
mengecupi mengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu; → kucup
kecundang II
Mn hasutan; → cundang II
kecung;I mengecung
menggaul atau mengocok (daun pakau): ~ dan kemudian membahagi-bahagikan daun pakau.
kecung II
Kd sj bakul yg digunakan utk mengisi emping padi
kecupetan
kesempitan, kepicikan
kecur I
keluar air liur (kerana mengingini sesuatu makanan dll): melihat gulai dan panggang di atas dapur, ~ liur anak itu.
kecur II
mencium dgn melekatkan bibir pd sesuatu;
1. penopang yg tergantung (tempat penebang kayu duduk bekerja); 2. buyung yg bermulut kecil
kecuraman
keadaan curam, kecondongan
kecurangan
keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan.
|