Ditemukan : 4220 Record
kecindan
Mn gurau senda, jenaka, kelakar; mulut manis ~ murah pandai mengambil hati orang;
berkecindan bergurau senda, berjenaka, berkelakar, berlawak; kecandan, kucandan, kucindan
kecintaan
1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll);
kecipak
bunyi spt bunyi air ditepuk-tepuk;
berkecipak, berkecipak-kecipak berbunyi spt bunyi air yg ditepuk-tepuk: sampannya beroleng-oleng ~.
kecipuk
bunyi spt bunyi air yg ditepuk-tepuk, kecipak
kecipung → kecimpung
kecitraan
hal (sifat) yg berkaitan dgn citra;
keciut
bunyi berdesing (spt bunyi peluru yg ditembakkan)
kecoak
kecocokan
perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu;
kecoh I (kécoh)
tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka;
terkecoh tertipu, terpedaya;
pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya;
pengecoh penipu
kecoh II (kécoh)
heboh, bising, riuh: kedengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang;
mengecoh, mengecohkan 1. membuat heboh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya;
kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku.
Kecok (kécok)
Kl, Tr pincang (ketika berjalan), tempang (kerana cedera kakinya dll)
Kecoklatan
kelihatan agak coklat: lantai mozek berwarna ~.
Kecomelan
perihal comel
Kecondongan
kecenderungan, minat
Kecong (kécong)
Mn tipu, perdaya; ~-kecoh bertimbang ciak prb setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup;
mengecong menipu, memperdaya
kecongkakan → congkak I
kecopetan
kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian;
kecor (kécor)
Kl riuh, heboh
kecu (kécu)
Jw penyamun, perompak;
mengecu menyamun, merompak
|