Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.883
Hari ini : 31.750
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 57 58 59 60 61 >  Last ›
keceriaan
perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; 
kecerlangan
ki keelokan, keindahan
kecermatan

1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. 

kecerobohan
perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan);
kecerunan

keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan

kecetekan

1. perihal (keadaan) cetek (bkn sungai, telaga, dsb), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan; 2. perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan: ~ pengetahuannya jelas pd hujah-hujahnya. 

kecewa (kecéwa)

1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat;

mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; 

terkecewa berasa kecewa; 

kekecewaan perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. 

keci I
(kéci) sj kapal berlayar empat persegi
keci II
(kéci); kain ~ sj kain mori yg halus (tipis)
keciak; berkeciak
berbunyi spt bunyi anak ayam, menciap-ciap
kecibak

bunyi ~ bunyi spt bunyi air dipukul-pukul (ditepuk-tepuk), kecipak: semua melodi itu dicampur dgn bunyi ~ air dan keletak pendayung terkena sisi perahu masuk ke telinga Muslim;  

berkecibak bergerak pantas (ikan) di permukaan air dgn bunyi kecibak: sekali-sekala ~ ikan haruan bermain di permukaan air.  

kecibeling

1. sj tumbuhan (pokok), Desmodium gangeticum; 2. sj tumbuhan (pokok), Ruella naflera

kecicak; berkecicak
dipijak-pijak; tanah yg ~ tanah yg dipijak-pijak
keciciran
ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), tercicir
kecik

bp kecil

kecil

1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaannya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan): orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; 

~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; 

sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah;  

berkecil = berkecil hati;  

berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; 

berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; 

mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; 

kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah-merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; 

mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadikan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak berharga, dll), merendahkan, menghinakan, mengabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;  

memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak penting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil;  

kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol;  

kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; 

kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; 

pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecilkan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut;

pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyatakan kecil

kecil hati

1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; 

berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; 

mengecil-ngecilkan hati menyinggung perasaan, mendatangkan sedikit kemarahan; 

kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan

kecimpung

bunyi air ditepuk(-tepuk), ketimbung, ketimpung; 

berkecimpung 1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan (kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu lapangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan;  

perkecimpungan perihal berkecimpung (dlm sesuatu kegiatan dll): seharusnya ~ mereka yg telah lama dlm bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka utk menguasai gaya bahasa itu dgn baik.  

kecimus

Mn cemuhan (ejekan) dgn mencebikkan bibir; 

mengecimus mencemuh (mengejek, menghina) dgn mencebikkan bibir

kecinaan
yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina, yg mementingkan (memperjuangkan hak dan kepentingan) bangsa Cina sahaja: Dr. Syed Husin Ali memberi alasan wujudnya parti pembangkang (DAP) yg memainkan sentimen ~ membuat pengundi Cina tidak memangkah MCA; akhirnya timbullah perasaan ~ dan keindiaan. 
‹ First  < 57 58 59 60 61 >  Last ›