Ditemukan : 4220 Record
kedwibahasaan
1. kebiasaan menggunakan dua bahasa; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa
keefisienan
perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan: rasuah mengakibatkan turunnya ~ dlm pentadbiran.
keegoan
perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan ~nya.
keekonomian
1. keadaan berekonomi; 2. bp kecermatan, kehematan;
kelepir I
buah pelir
keeksklusifan
keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan.
keeksotikan
keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikmatan.
keekstreman
perihal (keadaan) ekstrem
keelektrikan
selok belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm ~.
keelokan
1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin.
keemasan
yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik;
keembung
sj tumbuhan (pokok), Impatiens balsamina
keempat
(peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat;
keempat-empat
kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali;
keempohan
perihal diempoh(i), keairan;
keenakan
1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain.
keenam
yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama;
keenam-enam
semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah.
keengganan
tidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.
keentengan
keringanan, kemudahan
keringanan, kemudahan
|