Selasa, 24 November 2026   |   Arbia', 13 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 3.086
Hari ini : 71.472
Kemarin : 132.808
Minggu kemarin : 2.656.496
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›
kedubang
sj pedang pendek; → gedubang
keduduk I; mengeduduki
menduduki, mendiami; → duduk I
keduduk II

sj tumbuhan (pokok renek), kenduduk, seduduk, sekeduduk, senduduk, Melastoma malabathricum;  

~ gajah, ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), kerakap rimau, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis (exigua); ~ gajah batu sj tumbuhan (pokok renek), puding (senduduk) hutan, Allomorphia alata

kedudukan
1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;
keduk
Jw; mengeduk 1. mengorek, menggali; 2. ki menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dll
kedukaan
1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. † dlm perkabungan, dlm kesedihan
kedukacitaan

perasaan dukacita atau sesuatu yg mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati

kedul
sj bola yg dibuat drpd kayu (gading atau tanduk)
kedumba → kedamba
kedunak
sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gintik, akar tawan hitam, akar tentawan, Meladorum pisocarpum
kedung
Jk lubuk
kedunguan
perihal dungu, kebodohan, kebebalan, ketololan
keduniaan

1. perihal dunia, kehidupan di dunia: dia manusia biasa yg mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~; 2. harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia: banyak orang yg khayal dgn ~ semata-mata. 

keduniawian
1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb)
kedurjanaan

perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; 

kedut I

kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain);  

berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;  

mengedut menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropol-ropol); 

mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut;  

kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh.  

kedut II
mengedut merentap, meragut, merampas, merebut
kedut III
Jw getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu)
kedutaan

pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; 

kedutan
lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh.  
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›