Ditemukan : 4220 Record
kahin
Ar ahli nujum, tukang tilik, ahli sihir
kahrab
Ar batu ambar; ~ kuning batu ambar kuning
kahwa
Ar sj tumbuhan (pokok renek), kopi, Coffea spp.; ~ utan sj tumbuhan (pokok), kopi hutan, mengkudu badak, tahi musang, Fagraea racemosa;
kahwa-kahwa sj tumbuhan (pokok), medang biawak, salang rusa, pian, tinjau laut, Alangium uniloculare
kahwin
1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, berjimak;
~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id pernikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dgn sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan);
mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn;
mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem;
perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen.
kaifiat
1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen.
Ar 1. resmi, sifat (tabiat) semula jadi; 2. cara yg khusus atau tertentu (melakukan sesuatu): ~ mengerjakan sembahyang.
kail I
1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing);
~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar;
mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya;
terkail (ter)kena kail, terpancing;
pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing)
kail II; kail-kail
berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan
kailan
sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur, Brassica alboglabra
kain
1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain;
~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll): ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar (kain berbentuk segi empat bujur) utk melapik tilam dll); ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala;
~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, mengalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah;
berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin.
kaing; kaing-kaing
~ rimba sj burung, pekaka rimba, Lacedo p. Pulchella
kais; mengais, mengais-ngais
1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah;
ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan);
mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki
kaisar
maharaja;
kekaisaran daerah kekuasaan kaisar
kait I
1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain;
berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan;
berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran;
keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut;
mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara kurang halal;
mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan;
terkait terlibat;
kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak;
keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera;
perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya;
pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, penglibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan;
pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa.
kait II
~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora;
kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida;
~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia
kait-kait
sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida;
~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia
kaitan
1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak;
kaizen
(rahsia pembangunan Jepun) peningkatan yg berterusan (diri, organisasi, dsb) demi mencapai tahap kecemerlangan yg lebih tinggi dr semasa ke semasa dlm segala usaha yg dijalankan
kajai
tali ~ tali pd leher kuda utk mengawalnya (kalung kuda)
kajang
1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas);
kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi;
mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali;
terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang;
pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri.
kajangan
sj ikan, Zenaehopterus dispar
|