Senin, 18 Mei 2026   |   Tsulasa', 1 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.122
Hari ini : 18.507
Kemarin : 32.639
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›
kajat → hajat
kajau
kayau
kaji alam
~ hayat pengkajian kehidupan (tumbuhan, haiwan) dlm hubungannya dgn alam sekeliling, ekologi; ~ haiwan (hutan, tanaman dll) kaji alam hayat mengenai haiwan (hutan, tanaman dll)
kaji angkasa
pengkajian udara atau angkasa terutama dlm hubungannya dgn penerbangan, aerologi
kaji bahasa
pengkajian bahasa dan kesusasteraan terutama kesusasteraan lama, filologi
kaji baka

pengkajian baka atau sifat-sifat keturunan pd benda hidup, genetik; ~ manusia kaji baka utk membaiki mutu manusia, eugenik

kaji bina

~ tubuh pengkajian bentuk dan susunan tubuh binatang dan tumbuhan, anatomi

kaji bintang
pengkajian kedudukan (pergerakan, keadaan) bintang (planet, bulan dan matahari), ilmu falak, astronomi
kaji bumi
pengkajian sejarah (susunan, pembentukan dll) kerak bumi, geologi
kaji bunyi
pengkajian bunyi, akustik; ~ bahasa pengkajian bunyi ucapan, fonetik
kaji burung
pengkajian bentuk (tabiat dll) burung, ornitologi
kaji cuaca
pengkajian gejala-gejala dan pergerakan udara terutama utk meramalkan cuaca, meteorologi
kaji daya
pengkajian fizik mengenai pergerakan dan gejala-gejala tindakan daya pd benda-benda, mekanik
kaji fonem (kaji foném)

pengkajian fonem (analisis dan penggolongannya), fonemik

kaji fosil

pengkajian benda-benda hidup yg telah musnah, paleontologi

kaji gerak
~ haba pengkajian mengenai perhubungan antara haba dgn pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik; ~ elektrik pengkajian mengenai gejala-gejala arus elektrik dan kuasa-kuasa magnet yg berkaitan dengannya, elektrodinamik
kaji haiwan
pengkajian mengenai penggolongan binatang dan penghidupannya, zoologi
kaji hayat

pengkajian mengenai asal usul (sifat-sifat, tabiat, dll) tumbuhan dan haiwan, biologi

kaji I

1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu);  

pendek ~ pendek kata, pendeknya: putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; 

lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; 

mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran: (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; 

mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); 

mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu;  

terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; 

kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; 2. = pengajian;  

pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam~; 2. kajian, penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi): pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan ~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; 

pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan;  

pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.  

kaji II
 sj ikan laut, Plectorhynchus spp
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›