Ditemukan : 4220 Record
kafilah
Ar rombongan orang (berserta unta dan barang-barang yg dibawa) dlm perjalanan di padang pasir: bandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~-~ perniagaan.
kafir
Ar (orang yg) tidak percaya kpd Allah dan rasul-Nya, orang yg bukan Islam; ~ Majusi kafir yg menyembah api;
mengkafirkan menganggap kafir, mengatakan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka;
kekafiran sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah)
kafiri
Ar bersifat kafir
kafling
sj kancing yg digunakan utk mencantumkan hujung lengan baju (pd pergelangan tangan)
kaftan
sj baju yg longgar dan labuh
kagak
Jk tidak
kaget (kagét)
terkejut, terperanjat: ia ~ melihat lembaga itu;
mengagetkan mengejutkan, memeranjatkan: berita kematian tersebut ~ semua orang;
kekagetan perihal kaget, kekejutan
kagok I
Jk terbantut (terhenti, menjadi canggung, dll) kerana terganggu dll dgn tiba-tiba: jurutaip ~ menaip kerana diperhatikan orang.
kagok II
Jw agak berbeza dr bahasa yg umum (bkn ucapan, penggunaan kata, dsb)
kagum
berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub: saya ~ melihat keberaniannya; beliau ~ melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara ini;
mengagumi kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam;
mengagumkan menimbulkan (menyebabkan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~;
kekaguman ketakjuban, kehairanan;
pengagum orang yg mengagumi sesuatu: para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya.
kagungan
Jw mempunyai; kepunyaan
kah I
sj perekat
kah II
partikel utk menyatakan pertanyaan: boleh~ kau menyanyi?
kahaf
kahak
lendir yg dikeluarkan dr kerongkong, dahak;
berkahak, mengahak mengeluarkan kahak, berdahak: ia meludah dan ~.
kahang
Mn berbau busuk, kohong
kahar I
IB sj kereta kuda
kahar II
Ar 1. kuasa, Maha Kuasa (bkn Allah): Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dgn ~; yg Pahang itu menunjukkan ~nya kpd kita; 2. (menurut) sesuka atau sekehendak hati, sewenang-wenang: sangat ~ lakunya, menjadikan orang benci kepadanya.
kahar III
Kd kasar serta lasak: jangan tunjuk ~.
kahat
Ar kekurangan makanan, bencana kebuluran
|