Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 770
Hari ini : 19.864
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 79 80 81 82 83 >  Last ›
keihsanan
sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya.
keikhlasan
kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.
keikliman
perihal iklim
keikraban
perihal ikrab, kekariban, keakraban
keilmiahan
perihal atau sifat ilmiah
keilmuan
perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; 
keimaman

menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah;  

kedudukan (jawatan dll) imam

keimanan
keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.  
keimbangan
keadaan berimbang; 
keindahan

perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam;  

keinderaan
inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: al-kisah, maka tersebutlah perkataan Bentara majapahit, asalnya dr ~. 
keindividualan
sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki.
keindividuan
sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya.
keinggerisan

terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap;

keinginan

apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; 

keingkaran
1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; 
keinsafan
rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya.  
keinsanan
kemanusiaan
keinstitusian
yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb;  
keintelektualan
perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat;  
‹ First  < 79 80 81 82 83 >  Last ›