Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.003
Hari ini : 20.971
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 78 79 80 81 82 >  Last ›
kehilangan

1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu;  

~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; 

kehimpitan
keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain.
kehinaan

perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~;

kehingaran
keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg menggamatkan. 
kehitam-hitaman
agak hitam
kehitaman
hitam sekali; 
kehodohan

keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~ hidup kita. 

kehomogenan

keadaan atau sifat homogen: ~ pendapat dlm bidang politik boleh diterangkan dgn dua proses yg berlainan.

kehonaran

kegemparan, kerusuhan, kekacauan, sensasi

kehormat

1. yg dihormati dan diraikan: tetamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; 

kehormatan
1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gebang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~ ; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; 
kehujanan
kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; 
kehujungan

kena hujung senjata, kena senjata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; 

kehukuman
hal-ehwal yg menurut hukum
kehuru-haraan
keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya. 
kehutanan
(ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan;
kei
(kéi) alat menenun kain kek
keiblisan
(berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~. 
keibuan
sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan;
keibubapaan
(sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran.  
‹ First  < 78 79 80 81 82 >  Last ›