Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.033
Hari ini : 20.824
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 77 78 79 80 81 >  Last ›
keharuan
1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu nggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati;
keharuman
1. perihal harum, kewangian: taburkan bunga melur di tempat tidur supaya suami menikmati ~ baunya; 2. kemasyhuran, kebaikan nama
keharusan
1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, kemestian, kewajipan: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan
kehasilan
benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diperdapat; perhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; 
kehasratan
hasrat
kehausan
1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 
kehebatan
perihal hebat, kedahsyatan, kesangatan, keterlaluan: dia cuba mengisahkan ceritanya dgn segala ~ yg tersanggup olehnya. 
kehebohan
keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan: ~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun drpd tidurnya; dlm ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri.
kehek (kéhék)
Kl, Tr mengeluarkan (makanan dll) dr dlm mulut, meluahkan 
kehel (kéhél); terkehel
1. terpelecok (kaki, tangan, dll), tergeliat (tulang anggota); 2. terpesong atau terbabas (dr haluan perjalanan atau pelayaran), menyimpang (dr hala yg dituju)
kehematan
perihal (sifat) hemat; 
kehendak

~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; 

keheningan
keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; 
keher (kéhér)
Kl perlahan-lahan: berjalan ~-~. 
kehibaan
~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya;
keheterogenan

perihal atau sifat heterogen;

kepelbagaian, keanekaragaman: sejarah yg heterogen dibayangkan dgn ~ teks. 

kehibukan
perihal hibuk, kesibukan
kehidupan
perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; 
kehijau-hijauan
agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. 
kehijauan
keadaan hijau: beberapa kawasan yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri;
‹ First  < 77 78 79 80 81 >  Last ›