Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 417
Hari ini : 17.053
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 83 84 85 86 87 >  Last ›
kejernihan
1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya.  
keji

sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~;

berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu);

mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; 

mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~;  

memperkejikan sl menganggap (memandang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan;  

kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburukan, kehinaan

kejijikan
perihal jijik; 
kejimatan
sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; 
kejip → kedip, kejap I
kejip → kedip, kejap I
kejiranan

yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan.  

kejituan
perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa;
kejiwaan
kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~;  
kejohanan I
pertandingan dsb utk menentukan johan, kejuaraan;  
kejohanan II
~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya dibataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg menganjurkan kejohanan)
kejombangan
kecantikan, ketampanan
kejora
bintang ~ planet yg nampak (terbit) pd waktu subuh, bintang barat, bintang timur, zuhrah
keju (kéju)
sj makanan yg dibuat drpd dadih susu
kejuaraan

1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia.  

kejuju; mengejuju
bergerak terus (ke atas, ke hadapan), menjuju, menuju
kejujuran
perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu.  
kejumudan
perihal (keadaan) jumud, kebekuan, kekakuan: kelesuan dan ~ tradisi ilmu.
kejur I

keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); 

terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun.  

kejur II
sj ikan darat, tengas, Acrossocheilus hexagonolepis
‹ First  < 83 84 85 86 87 >  Last ›