Ditemukan : 4220 Record
kejuruan
kepandaian yg khas, keahlian
kejurujualan
kemahiran dlm teknik melakukan kerja jualan
kejurulatihan
yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem ~ yg menjadi puncanya.
kejururawatan
hal yg berkaitan dgn (pekerjaan, tugas, urusan, dsb) jururawat: buku ~ psikiatri itu sedang dicetak.
kejuruteraan
kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia.
kejut
kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan;
berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan);
berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat;
mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu;
mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang;
mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;
terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya;
kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda;
~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya);
kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;
keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat;
pengejut mudah terkejut (terperanjat)
kejutan
sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda;
~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya);
kek I (kék)
sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, gula, dll dan dibakar
kek II (kék)
alat menenun kain; → akik
kek III (kék)
bp kepkakek
kekabu
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Bombacaceae, kekabu hutan, kapuk dan tambaluang (Sabah), Bombax spp
kekabur-kaburan
agak kabur, agak pudar
kekaburan
perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~;
kekabutan
keadaan kabut
kekacakan
keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam.
kekacang I
famili tumbuhan yg bijinya terkandung dlm lenggai; ~ makanan ternak kekacang yg dijadikan makanan binatang ternak; → kacang I
kekacang II
ikan ~ sj ikan laut; → kacang III
kekacauan
keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;
kekafiran
sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah)
kekagetan
perihal kaget, kekejutan
|