Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 8.955
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 94 95 96 97 98 >  Last ›
kelasak
sj perisai yg dibuat drpd kulit
kelasah
kelusuh-~; kelusuh
kelasa II
Jw tikar
kelasa I
1. bonggol pd tengkuk atau punggung binatang (spt lembu, unta, dll), ponok; 2. bonggol di antara tulang belikat kuda
kelas IV; mengelas

Kd memilih (buah dll) dgn teliti, membelek-belek utk memilih

kelas III; mengelas
~ daging mengempukkan daging seketika (sebelum digoreng)
kelas II

antara pasang dan surut; 

   engelas pasang perbani

kelas I

1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golongan atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E;    

~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg dikenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); 

berkelas; berkelas-kelasberpangkat-pangkat, berasing-asing dlm kedudukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), bertingkat-tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; 

mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menentukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu;  

pengelasan perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. 

kelarutan

perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. 

perihal larut atau melarut: ~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi; 

kelarisan

perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masing-masing; 

kelaring; berkelaring

Kl berselaput (di sana sini) dgn kotoran (bkn pakaian dll)

kelari
sj ikan darat; kulari
kelarai

1. corak (anyaman, tenunan, dll) yg berbentuk damdam; 2. Mn simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain; ~ sesat taja prb pekerjaan yg dr mulanya sudah salah; 

mengelarai 1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan. 

kelarah II

Kl tidak licin (spt papan yg belum berketam), kasap, berkerutu

kelarah I
1. ulat dlm buah (yg menyebabkan buah busuk); 2. Kl luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dll)
kelara
ikan ~ sj ikan laut (anak sembilang), Plotosus canius
kelar II
IB, bp selesai, siap
kelar I

1. bekas atau tanda hirisan (takik, tetakan) yg tidak dalam (spt pd ikan, batang pokok, dll), jalur atau garis luka pd badan (akibat pukulan yg kuat dgn rotan dll); 2. lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pd saluran nafas, tubuh lipan, dll); 3. lingkaran (drpd rotan dll); 

berkelar bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yg kuat dgn rotan); berkelar-kelar 1. berkelar pd beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dsb); 2. bergelang-gelang, bersekat-sekat (bkn tanduk, badan lipan, dll); 

mengelar menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami;  

terkelar dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih.  

kelapung
sj tumbuhan (pokok), kelumpang, Streculia foetida
kelapukan
perihal lapuk
‹ First  < 94 95 96 97 98 >  Last ›