Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 7.309
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 95 96 97 98 99 >  Last ›
kelapayang → kelepayang
kelaparan
1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. 
kelapangan

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; 

kelapan

yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~;

kelapa

sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa;  

~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ paun kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda)

kelap II
sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, rambai hutan (pontianak), Symplocos rubiginosa
kelap I

~-kelip kejam celik (mata), berkelip-kelip, berkedip-kedip (mata, lampu);  

sekelap; ~ mata sekelip (sekejap) mata; 

mengelapkan; ~ matamemejamkan mata sesaat, mengelipkan mata; 

terkelap terkedip atau terkelip (mata), tertutup mata seketika (terlena seketika)

kelantangan
perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. 
kelantang II, kelanting
sj tumbuhan (pokok kecil), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, Eurya japonica (acuminata)
kelantang I; mengelantang
 menjemur kain dll yg telah direndam dlm air sabun (supaya mudah hilang kotornya)
kelantan
negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14, 893 km2, Kota Bharu sbg ibu negeri
kelantaman
perihal lantam
kelanjutan

ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua hari; bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; 

kelanjar

Mn; berkelanjaran berasa sakit atau sengal urat (selepas diurut); 

mengelanjar menganjal, memantul

kelanit; mengelanit
membuka jahitan (dgn mencabut-cabut benangnya)
kelangsungan
perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti penglipur lara; 
kelangsingan

perihal (keadaan) langsing: ~ bentuk badannya; 

keadaan langsing: ~ qasidah yg dilagukan oleh Syeikh Qusairy; langsi

kelangkang
bahagian tubuh di antara kedua-dua pangkal paha: tulang ~ lima ruas tulang di hujung tulang punggung (os sacre); kelengkang, kerangkang
kelangkan
Jk langkan
kelangkahan
1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui;
‹ First  < 95 96 97 98 99 >  Last ›