Ditemukan : 4220 Record
kelangkaan
perihal (keadaan) langka: ~ kata pinjaman Inggeris dlm dialek Melayu.
kelanggengan
kelanggara sl → kelenggara
kelanggar
Jk terlanggar, tertumbuk-tumbuk; → langgar I
kelang II
sj ikan laut, Siganus spp
kelang I
~-kabut kelam-kabut
kelang
(kélang); ~-kelok berliku-liku (jalan, sungai), berkelok-kelok, bengkang-bengkok
kelancungan
keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan
kelancaran
1. kecepatan (melakukan sesuatu), berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun;
kelancangan
perihal lancang; ~ mulut perihal (sifat, perbuatan) lancang mulut
kelana II
sj tumbuhan (pokok memanjat), kelunuh, ubi kelonak, Dioscorea prainiana
kelana I
1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~;
perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini?
kelan → mengkelan
kelamun; mengelamun
termenung sambil mengangan-angankan (mengingat-ingatkan, mengenang-ngenangkan) sesuatu, berkhayal, melamun: kedua-duanya sedang duduk ~; cikgu Amit asyik ~ di atas tangga;
mengelamunkan menyebabkan seseorang mengelamun, melalaikan: mereka hanya akan ~ kita ke daerah yg bercanggah dgn fitrah keinsanan kita;
pengelamunan menungan berserta angan-angan, khayalan;
pengelamun orang yg suka atau selalu mengelamun.
kelampung II
~ puyuh sj tumbuhan (herba), rantai, terung meranti, terung perat, Solanum nigrum
kelampung I
terapung-apung, hanyut dlm air
kelampi
sj tumbuhan (pokok), kelempayan, Anthocephalus indicus
kelampauan
sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya;
kelampadang
sj tumbuhan (pokok renek), Caccinium malaccense; mempadang
kelamkari
sl kain cita yg berwarna
|