Ditemukan : 4220 Record
kekompleksan
sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi.
kekompetenan
keadaan atau hal kompeten: keakuran dan ~ sains.
kekolotan
1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya.
kekolong
gelung-gelung drpd rotan (logam dll); → kolong II
kekoleh
(kekoléh) sj penganan; → koleh
kekok
(kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati.
kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu.
kekoboi-koboian
berlaku spt koboi (spt menyamun, menggunakan senjata api, dll): tegaknya Mamat dgn senapangnya sewaktu hendak mempertahankan aral nampak agak ~.
keknya (kéknya)
Kl tetapi: saya boleh pergi ~ awak mestilah menunggu saya.
kekmo (kékmo) Kl saya
kekitaan
semangat ~ semangat bekerjasama (bantu-membantu) dlm sesuatu kumpulan (masyarakat dsb), semangat persaudaraan
kekisi
1. jerugi, terali; 2. (Kim) susunan atom, ion, atau molekul dlm tiga dimensi yg tetap, spt yg terdapat dlm hablur; ~ hablurkekisi yg membentuk struktur hablur akibat susunan atom, ion, atau molekul; → kisi I
kekinian
1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya;
kekili
lingkaran rotan pd hidung kerbau; → kili II
kekikiran
keki (kéki)
Jk 1. berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain: saya ~ melihat kelakuannya; 2. (berasa) iri hati
kekhusyukan
perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb)
kekhususan
1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus;
kekhuatiran
perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu.
kekhilafan
kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan; → silap
kekhayalan
keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu);
|