Ditemukan : 4220 Record
kekudung
tudung kepala, kain utk menutup kepala (perempuan); → kudung II
kekuda
penyangga (yg berkaki tiga dll); → kuda I
kekucar-kaciran
keadaan kucar-kacir: hidup dlm ~.
kekuatan
1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman;
kekuasaan
1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan;
kekreatifan
kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.
kekpong (kékpong)
Kl mendukung atau mengangkat (budak) di pinggang
kekoyakan
keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~.
kekotoran
perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral;
kekotaan
seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan di kota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan;
kekot (kékot); mengekot
merapatkan paha dan tangan ke badan (spt orang kesejukan dll), merekot
kekosongan
1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya;
kekosmopolitanan
segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan
kekosenan
kegagahan, keberanian
kekorok
kerongkongan; → korok II
kekontangan
1. keadaan kontang, kekeringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah;
kekonsistenan
keadaan yg konsisten, keselarasan
kekonkritan
perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan
kekong
(kékong) Kl, Tr; mengekong mengangkat atau mendukung (budak) di belakang atau di atas bahu
kekomunikatifan
keadaan atau perihal komunikatif: tingkat ~.
|