Ditemukan : 4220 Record
kekuyuan
menjadi kuyu: matanya ~.
kekusutan
perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya.
kekusaman
keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~.
kekurusan
1. perihal kurus; 2. sangat kurus
kekurangan
1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu;
kekurang...an
perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan:
kekura → kura II
kekunyit III
1. sj tumbuhan (pokok memanjat) mengkunyit, merkunyit, Coscinium blumeanum; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat); → kunyit I
kekunyit II
sj burung; → kunyit II
kekunyit I
sj ikan laut, Lutjanus spp.; → kunyit III
kekunoan
1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama)
kekuningan
1. keadaan kuning; 2. sl barang-barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsawan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah;
kekuning-kuningan
berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna kekuning-kuningan.
kekunci
butang yg mewakili abjad dan nombor-nombor yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer
kekumus → kemukus
kekuma → kuma
kekulit
bahan spt kulit;
kekukuhan
kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman;
kekufuran
keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~.
kekudusan
kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya.
|