Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.873
Hari ini : 29.586
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 108 109 110 111 112 >  Last ›
kelintar

Jw; kelintaran, berkelintaran berjalan (bergerak) berkeliling atau berulang-alik, bergerak ke sana sini: segala unggas mergastua berterbangan dan berkelintaran mencari mangsanya.  

kelintasan
1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui; b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2. Kl dirasuk hantu dll;
kelinting I
Jw = kelintingan sj loceng kecil, giring-giring
kelinting II
sj tumbuhan (pokok), kelating, Campnosperma griffithii
kelip I = kelipan;

sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang;  

berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terkedip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu);  

berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celek dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemerlapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan;  

berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa;  

mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata;  

kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I

kelip II; kelip-kelip
sj serangga yg bersayap (tubuhnya mengeluarkan cahaya yg berkedip-kedip); bagai ~ terbang malam prb rahsia yg sudah diketahui orang
kelip III; kelip-kelip
sj kertas berkilat (berwarna emas, perak, dll) yg dibuat perhiasan, jemeki, kida-kida, labuci
kelip IV = wang

~ Id sj duit syiling (bernilai 5 sen)

kelipan
perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I
kelipar I → gelipar
kelipar II
Kl 1. alpa, cuai, lalai (hingga menyebabkan kehilangan atau kecurian sesuatu); 2. berjumpa, bertemu
kelipat

Mn lipatan, kelepet;  

berkelipat berlipat; tak ~ perut prb tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia

kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut; 

kelipatan
Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil;  
kelipuh
sj tumbuhan; kelipuk
kelipuk I
sj tumbuhan (herba air dan bunganya), kelipuh, ati-ati payah, seroja biru, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stellata; ~ padang sj tumbuhan (herba), keladi air, Sagittaria guayanensis
kelipuk II; kelipuk-kelipuk
Pr terkelip-kelip, terkedip-kedip, kejam celik (mata)
kelir I
1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diam-diam (secara sulit)
kelir II

IB, bp warna; potelod ~ pensel berwarna;  

dikelir diwarnai (dgn cat dll)

kelis; mengelis
mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan dll), mengelik, mengelit
kelisa I
kacang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang botor, kacang belimbing, Psophocarpus tetragonolobus
‹ First  < 108 109 110 111 112 >  Last ›