Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.955
Hari ini : 28.644
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 110 111 112 113 114 >  Last ›
kelohok → gelohok
keloi I
sj tumbuhan (pokok renek), rami (seratnya dibuat tali), a) Bohemeria nivea; b) Bohemeria tenacissima
keloi II

Kd; alat ~ alat perhubungan elektronik utk memanggil seseorang; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik; 

mengeloi memanggil

kelok (kélok)

liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai);  

berkelok = mengelokbertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli;

berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam;  

mengelok berkelok;  

mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan

kelokak → keloyak
kelola; mengelola

mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap;  

mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu;  

kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan;  

pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang;  

pengelola orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.  

kelolaan
arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan;
keloloh

Kd, Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh

kelolong; terkelolong
sl termengkelan
kelom
IB, bp kasut kayu, bakiak, terompah; kelum II
kelombeng
(kelombéng) Jk sj kuih (roti)
kelomet

(kelomét) kelumit

kelompang

1. kulit telur (buah dll) yg tidak berisi; 2. kosong (tidak berisi); 3. kecewa, hampa; 

kelompangan keadaan kosong, kekosongan

kelompok

himpunan (beberapa orang, binatang, benda, dll), kumpulan (yg kecil bilangannya, jumlahnya, dsb), gugusan (awan, bintang): di langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan; ~ bintang (pulau) gugusan bintang (pulau); ~ kata beberapa perkataan yg dianggap sbg satu kumpulan (ikatan), rangkai kata; 

berkelompok bersatu (berhimpun, bergabung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berdekatan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok;  

berkelompok-kelompok berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dlm beberapa kelompok: pekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing; mengelompokkan menyatukan (mengumpulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-kelompok tertentu, menjadikan berkelompok atau berkelompok-kelompok; usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan;  

kelompokan kelompok (himpunan, kumpulan kecil); 

kekelompokan perihal atau keadaan kelompok; 

pengelompokan perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan

kelompong
bahagian telefon tempat diletakkan gagangnya: dia menyangkutkan kembali gagang telefon itu pd ~nya.  
kelon
Jw; mengeloni mendakap (memeluk) anak dll sambil berbaring; elon
kelona, kelonak
sj tumbuhan (pokok memanjat) akar kakup, kenana, Dioscorea spp.; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (rebanar), akar lampu bukit, Smilax megacarpa; akar ~ betina sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, banar (canar) babi, gadung jantan, Smilax helferi
kelonek
 (kelonék) kelonet
keloneng

(kelonéng) bunyi spt bunyi loceng dll

kelonet

(kelonét); sekelonet sangat sedikit, sangat kecil, sekelumit; kelonek

‹ First  < 110 111 112 113 114 >  Last ›