Ditemukan : 4220 Record
kelubung II
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), janggut (tongkat) Ali, rumput paha belalang, rumput sarung pipit, terubung, Panicum sarmentosum
keluburan
lubang utk memerangkap gajah dll
kelucahan
kecabulan, kehinaan, kekejian
kelucuan
sesuatu yg menggelikan hati, kejenakaan, kelakar, lelucon: ~ yg timbul drpd kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum;
kelucuk → kelocak
keluh
~-kesah1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn
~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;
berkeluh = mengeluh;
mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~;
mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya;
keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya;
kekeluhan perihal mengeluh: nada ~;
pengeluh 1. orang yg suka (kerap) mengeluh; 2. bersifat suka mengeluh
keluhuran
keagungan, kemuliaan, kebesaran: kekuatan puisi Amir Hamzah, kecuali dlm ~ angan yg dibeberkannya, terletak dlm kerapian bentuk.
kelui I → keloi I
kelui II → keloi II
keluih
Jk sj tumbuhan (pokok), pohon kulur, pohon sukun biji, pohon timbul, Artocarpus communis
keluik
1. lengkung; 2. garis yg melengkung bentuknya (dlm graf, rajah, dll);
~-lekuk ki perbuatan curang (tidak jujur);
berkeluk 1. berbentuk melengkung,melengkung;
< 1.>berbentuk melengkung-lengkung;
mengelukkan menjadikan melengkung, melengkungkan: ~ dawai
kelukaan
kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan.
kelukub → kerukup
kelukup
sj tumbuhan (pokok), Shorea eximia
kelukur
Mn; berkelukur, berkelukuran melecet kulitnya, terkelupas, tergaris (kulit)
keluli
besi baja (waja)
kelulu
tidak ~ tidak wajar atau selayaknya, tidak patut (tidak berkira-kira, berfikir-fikir atau berhati-hati): ia menghempaskan diri bertalu-talu, melolong, menangis tidak ~.
kelulus
sl sj perahu
kelulusan
1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya);
kelulut I
sj tumbuhan (pokok renek), pepulut, pulut-pulut, pulut lembu, Urena lobata; ~ merah sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata; ~ putih sj tumbuhan pokok (renek), pokok lidah ular, ketumbar hutan, Sida acuta; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Fuirena glomerata
|