Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.077
Hari ini : 27.621
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 112 113 114 115 116 >  Last ›
kelotak; mengelotak

mengopek (mengupas) kulit buah yg keras, mengelotok, menggelotak; ~ kelapamengopek (menanggalkan) tempurung buah kelapa drpd isinya; gelotak, kelotok

mengelotak; kelotak

kelowongan
keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. 
keloyak; berkeloyak

 tanggal kulitnya (bkn buah, daging, dll), mengelupas (kulit); 

terkeloyak tertanggal, terkupas (kulit), tersiat (kulit); kelokak

keloyang 1. sj burung, burung takau, burung seluwit, Calyptomena viridis; 2. sj burung, burung koran, perling, Aplonis panayensis strigatus

keloyang
1. sj burung, burung takau, burung seluwit, Calyptomena viridis; 2. sj burung, burung koran, perling, Aplonis panayensis strigatus
kelu

~ lidah 1. tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yg ~ itu;  

mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata);

terkelu < /b>tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata)

keluai

musang ~ sj binatang, luak, musang pulut, musang sebarau, Paradoexurus leucomystax

keluak
buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kepayang, payang, Pangium edule
keluan

Mn tali yg dicucukkan pd hidung kerbau (lembu); 

bagai jawi ditarik ~ prb menurut sahaja semuanya; menjilat ~ bagai kerbau prb sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan); putus tali putus ~, putus ~ rampung hidung prb perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan)

keluang
sj kelawar besar (makanannya buah-buahan), kalung kelambit, Pterocarpus edulis; bagai ~ bebar petang prb berkerumun (berhimpun) beramai-ramai
keluangan

kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; 

keluangsa
sl keluarga (orang baik-baik), sanak-saudara
keluar

1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. † muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; 

~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan;

mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka;  

mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr P.B.B.; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; 

terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar;  

keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti;  

orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~;  

pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan;  

pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia.  

keluarbiasaan
perihal luar biasa, keistimewaan: apabila ia terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu; luar
keluarga

1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup-hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia;  

berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~ ; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga;

kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb);  

perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga

keluasan
1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; 
keluat
khalwat
kelub → kelab
kelubi
sj tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, Zalacca conferta
kelubu
sj tumbuhan (pokok memanjat), Caesalpinia bonducella
kelubung I

sesuatu (spt kain dll) sbg pembungkus atau penutup, selubung;  

berkelubung bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, berselubung: Bibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja;  

mengelubungi 1. menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, menyelubungi; 2. ki meliputi: kabut yg ~ kawasan sekeliling; kelumbung

‹ First  < 112 113 114 115 116 >  Last ›