Ditemukan : 4220 Record
kelong I
(kélong) sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya.
kelong II
(kélong) † sj pantun Bugis;
berkelong berpantun cara Bugis, menyanyikan kelong
kelong III
(kélong) 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~.
kelonggaran
1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu;
kelongkang
kayu dll yg dipasang pd leher kerbau atau lembu utk mencegahnya pergi (merayau) ke mana-mana
kelongkong
1. tempurung kelapa yang masih lembut; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya nipis dan lunak); 2. = kelongkongan buah kelapa yg sudah dimakan tupai; kelengkuk
kelongsong
pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular; gelongsong, kelonsong, kerongsong
kelongsor → gelongsor
kelonsong → kelongsong
kelontang
1. bunyi spt bunyi tin dipalu; 2. sj alat yg dibunyikan utk menghalau atau menakutkan burung (di bendang dll)
kelontong I
sj alat yg digunakan oleh penjaja (utk menarik perhatian pembeli), kelentong; barang-barang ~ barang-barang kecil utk penggunaan hari-hari (spt benang, jarum, sikat, dll); kedai (toko) ~ kedai (toko) yg menjual barang-barang kelontong; tukang ~ penjaja (penggalas) barang-barang kelontong
kelontong II
Kl, Tr 1. buah (spt durian, kelapa, dll) yg telah ditebuk dan dimakan isinya (oleh binatang); 2. ki telah dicabuli (gadis), sudah hilang gadisnya, bernoda; 3. ki kosong, tidak berisi (bkn karangan, percakapan, dll)
kelonyor
air (minyak) ~ bp sj air yg harum baunya (eau-de-Cologne)
kelop
bp cocok (sesuai), tepat, tidak berlainan; klop
kelopak I
sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak;
spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan);
berkelopak mempunyai kelopak;
mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya
kelopak II
burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis
kelorah
keruh, kotor (air)
kelorak
sj tumbuhan (pokok memanjat); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput kelurat, rumput kerurut, Lophatherum gracile
kelorek (kelorék)
Kl, Tr sangat berkira-kira dlm membelanjakan wang, bakhil, kedekut, kikir: saudagar itu ~ orangnya.
kelos
IB gelendong, kumparan, gulungan benang
|