Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 800
Hari ini : 22.334
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 117 118 119 120 121 >  Last ›
kemajuan

perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;  

~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb); 

kemak

~-kemik Jk komak-kamik (komat-kamit): mulutnya ~-kemik membaca doa.

kemakanan
habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat;
kemakbulan

perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. 

kemakrufan

kebaikan: politik yg sihat akan melahirkan segala kebaikan ~; keadaan berhijrah drpd kemaksiatan, kemungkaran, dan kefasikan kpd ketaatan dan ~. 

kemaksiatan
pelbagai perbuatan (hal dsb) yg bersifat maksiat, segala-gala (perbuatan dll) yg berdosa: ternyata baginya kepincangan dan ~ yg dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan di mana-mana sahaja.
kemal

berkemal, berkemal-kemal tidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap

kemala

sj batu bercahaya (berasal drpd binatang) yg dikatakan banyak hikmatnya: dibubuhnya ~ yg bercahaya-cahaya; ~ hikmat sj batu yg berhikmat; gemala

kemalai → gemalai
kemalaikatan
berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat (dsb) malaikat: manusia mempunyai tiga unsur utama – ~, kehaiwanan, dan kesyaitanan. 
kemalaman
hari menjadi malam (ketika masih dlm perjalanan dll): saya ~ hajat hati nak tumpang berteduh;
kemalangan
1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll)
kemalapan
1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau Ph.D. 
kemalaran
perihal malar; 
kemalasan

perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; 

kemalau
sj tumbuhan (pokok), sekepul, Parinarium costatum              
kemalingan
dimasuki oleh pencuri, kecurian
kemalu-maluan
berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~; 
kemaluan
1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2. mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 3. bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); 
kemam; berkemam
bergumam (tertahan di dlm mulut);  
‹ First  < 117 118 119 120 121 >  Last ›