Ditemukan : 4220 Record
kemam; berkemam
mengemam membiarkan sahaja atau menahan di dlm mulut (tidak menelannya), menggumam, mengulum: ~ gula-gula; ~ seketul daging; ~ jari memasukkan jari ke dlm mulut dan membiarkan sahaja demikian
kemamam
Pr 1. kebas, semutan; 2. letih lesu (selepas sakit)
kemamang
Jw sj hantu (rupanya spt kepala orang yg bernyala)
kemamar
Kl seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakan-akan kurang siuman, mamai: dia itu telah ~, lain yg dipinta lain yg diberikannya.
kemampatan
perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan;
kemampuan
1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malaysia akan memperkuat angkatan bersenjatanya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;
keman
sj tumbuhan (pokok renek), kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau, semalu, Mimosa pudica; ~ air (gajah) = akar ~ hantu sj tumbuhan (herba air), kangkung puteri, Neptunia prostrata (oleracea)
kemanakan
1. anak kpd abang (kakak) atau adik, anak saudara; 2. Mn anak saudara perempuan; 3. † sanak saudara; ~ di bawah lutut anak hamba sahaya.
kemancar
baki santan setelah patinya diperah: ambil santan pati dan ~ secukupnya.
kemancung
sj tumbuhan (pokok renek), asing-asing, janggi padang, Breynia reclinata
kemancungan
perihal mancung atau lancip (hidung)
kemandang
Jw → kumandang
kemandirian
perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri
kemandulan
perihal mandul (tidak boleh beranak);
kemanfaatan
1. guna, faedah, manfaat: setiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn kebaikan hendaklah dilindungi dan diusahakan; 2. kebaikan, kegunaan;
kemang I
sj tumbuhan (pokok), Mangifera kemanga; ~ pulas = ~ putar sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; ~ air sj tumbuhan (herba air), keman air, Neptunia prostrata
kemang II
sj hantu (dikatakan suka mengganggu bayi)
kemangi
sj tumbuhan (pokok renek dan daunnya), ruku-ruku, selasih hitam (jantan, putih), Ocimum basilicum
kemangkatan
bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya.
kemangur
sj tumbuhan (pokok), ceremai, Cicca acida
|