Ditemukan : 4220 Record
kemani
rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bidis, Saccolepis myosuroides
kemanisan
1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;
kemanja-manjaan
dgn berlaku manja: ia menjawab ~ .
kemanjaan
perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan;
kemanjuran
perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya.
kemantan
sj tumbuhan (pokok renek), kematan, kecubung hutan (rimba), Randia macrophylla
kemantapan
perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyumbang ke arah ~ demokrasi itu sendiri;
kemanten
(kemantén) pengantin
kemantu
~ hitam sj tumbuhan, cemama(r), cerek hitam, pokok cerek, secerek, suntang hitam, Clausena excavata
kemanusiaan
perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.
kemap
sj tumbuhan (pokok), petaling gajah, Strombosia rotundifolia; kamap
kemapanan
keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;
kemar → hemar
kemaraan
perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhimpun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar.
kemarah-marahan
sangat marah;
kemarahan
sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona
perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;
kemarakan
keadaan marak; → semarak I
kemarau
1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang;
salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah
kemartabatan
perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman.
kemaruk
1. selalu terbuka selera hendak makan (setelah sembuh drpd sakit): sejak segar drpd sakit, aku tengok dia ~ betul; 2. ki berbelanja (berbuat sesuatu) dgn berlebih-lebih (kerana baru hidup mewah, naik pangkat, dll); 3. ki mahukan sesuatu banyak-banyak, haloba, tamak: dia ~ wang sekarang.
|