Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 988
Hari ini : 19.343
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 122 123 124 125 126 >  Last ›
kembiri II

sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, buah keras, Aleurites moluccana; kemiri.

kemboja
sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata
kembol (kémbol); mengembol

menjadi gembung atau besar kerana penuh berisi (bkn saku dll)

kembola

sj tumbuhan (pokok), belimbing batu (manis), Averrhoa carambola

kembu
sj bakul kecil (tempat menyimpan ikan), kepis; kumbu
kembuk = kembukan
sj mangkuk besar tempat mencuci tangan; kobokan
kembung I

1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis kembang kempis (seketika gembung seketika kendur, bkn perut); mengembung menjadi kembung;  

mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I

kembung II
~ padi kepuk (tempat mengisi padi)
kembung III
ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus
kembur I = berkembur, mengembur;

cakap ~ cakap angin (percakapan utk menghabiskan masa sahaja), perbualan kosong;  

berkembur-kembur bercakap-cakap utk menghabiskan waktu (sambil bergurau senda dsb), berbual-bual kosong, berborak-borak

kembur II
Tr terpercik: habis ~ air dlm pasu bila putik kelapa jatuh.  
kemburan I
tulang-tulang tangan
kemburan II
Tr keladak, sembai
kemburuan
cemburuan
kembut I

Mn sj sumpit yg dibuat drpd pandan (utk mengisi buah-buahan dll)

kembut II; berkembut, berkembut-kembut
berkepul-kepul (asap): ia memasang sebatang rokok, menghisap dan menghembuskan asapnya berkembut-kembut.  
kemdian → kemudian
kemegahan
1. sesuatu yg dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. perasaan megah: ~nya sbg pemilik peti televisyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. 
kemeh
Sr kencing
kemeja (keméja)

baju ~ sj baju potongan Eropah (berlengan panjang atau pendek) utk lelaki: Encik Rahman hanya memakai ~ lengan panjang dan seluar panjang; ~ lepas kemeja (biasanya berlengan pendek) yg bahagian bawahnya tidak diselitkan ke dlm seluar ketika memakainya; ~ papan kemeja berkanji (menjadikannya keras);  

berkemeja memakai kemeja: berseluar biru dan ~ putih.  

‹ First  < 122 123 124 125 126 >  Last ›