Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.448
Hari ini : 21.175
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 120 121 122 123 124 >  Last ›
kemas

1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb);

berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi;  

mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya;  

mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya;

mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya;  

memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini;  

kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi;

kekemasan keadaan kemas; 

perkemasan perihal berkemas-kemas; 

pengemasan perbuatan mengemas(kan); 

pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail

kemas kini

lengkap dgn (mengandungi, mempunyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; 

mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama;  

pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan.  

kemasam-masaman, masam-masaman
agak masam
kemasaman
keadaan masam: cuka mempunyai kadar ~ sehingga 95%; 
kemasan
1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi;       
kemasinan
perihal masin (air dll), rasa masin; 
kemaslahatan
kegunaan, faedah: hal yg salah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia. 
kemasukan
1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan;
kemasyarakatan
keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; 
kemasyghulan
1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyembunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~ . 
kemasyhuran
perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; 
kemat
bp hikmat; kalah adat dek muafakat, kalah ~ dek bergeseng prb NS persahabatan antara laki-laki dgn perempuan itu lebih mesra jika mereka bercampur hari-hari
kematangan

1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; 

kemati-matian
1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; 
kematu

kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan; 

berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~; keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi ~.

kemaujudan
perihal (keadaan) maujud;
kemawan

awan-~ sl kelompok awan, gumpal-gumpal awan

kemayuh
 pengayuh
kemazhaban
perihal mazhab, keadaan bermazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. 
kembabal → kebabal
‹ First  < 120 121 122 123 124 >  Last ›