Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 996
Hari ini : 19.351
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 121 122 123 124 125 >  Last ›
kembacang → embacang
kembah
Kl; berkembah bersepah-sepah, berselerak, bertaburan (tidak teratur): biliknya ~ dgn baju kotor.  
kembahang → kelembahang
kembal I
sj bakul kecil drpd mengkuang (bentuknya seakan-akan kembu atau kepis); ~ gundi (gandi) kembal yg berhias dgn kertas yg berwarna-warni
kembal II
ikan ~ emas a) sj ikan laut, Eutynnus alleteratus; b) ikan (kembal emas) yg dikeraskan (dijemur)
kembala → gembala
kembali

1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yen, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); 

menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan);  

sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); 

mengembalikan 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu;

kembalian sesuatu barang dll yg dikembalikan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; 

kekembalian perihal kembali; 

kemban

kain yg dibelitkan di badan utk menutup dada (perempuan);  

berkemban 1. memakai kemban; 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi.

kembang biak; berkembang biak

membiak menjadi banyak: kuman-kuman jenis ini sangat mudah ~; 

mengembangbiakkan menjadikan berkembang biak

kembang I

1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~;2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb);

~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan);  

berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;  

berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah;  

mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;  

mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu;  

~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh

memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi;  

terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan;  

kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang;  

perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan;  

pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;

pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya)

kembang II

1. bunga (digunakan juga utk menyatakan nama berbagai-bagai bunga): ~ bangkai, ~ jepun, ~ naga sari; cita ~ cita (kain tenun) yg coraknya berbunga-bunga; 2. kata yg menjadi sebahagian drpd nama beberapa tumbuhan;~ semangkuk sj tumbuhan (pokok), Scaphium spp; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu cenderus, seburus hitam, segan petaling, Urophyllum trifurcum;  

~ api bunga api; ~ gula gula-gula (berbagai-bagai makanan yg dibuat drpd gula); ~ latar bp pelacur; ~ pala kulit di keliling biji pala;  

1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur

kembang kempis

1. turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah; 2. = kembang kuncup seketika mengembang seketika menguncup; 

mengembangkempiskan menjadikan kembang kempis

kembangan
keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang;  
kembar

1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = dua ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. < /b>rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga;

berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll);  

mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menandingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong;

mengembarkan menjadikan berkembar (berpasangan dll), mengapitkan;  

terkembari; tiada ~ tidak dapat mengembari atau dikembari (ditentangi), tiada terlawan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini!  

kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kembar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya.  

kembara; mengembara

pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain;  

mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia;  

pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi;  

pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal; embara

kembayat
kain ~ sj kain halus keluaran bandar Cambay di Gujarat (India)
kembera

berterbangan (berlarian) dgn kacau-bilau, bercempera

kembiang
sj tumbuhan (herba air), kiambang, Pistia stratiotes
kembili

sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan umbinya), Coleus tuberosus; kemili II

kembiri I

tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, sudah dihilangkan jantannya, kasi, kasim: kambing ~;  

mengembiri menghilangkan jantannya atau sifat kejantanannya: ~ binatang; kebiri;  

pengembirian perbuatan mengembiri

‹ First  < 121 122 123 124 125 >  Last ›