Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 455
Hari ini : 13.173
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 133 134 135 136 137 >  Last ›
kencing I

1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); 

~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);  

mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri;  

terkencing kencing dgn tidak sengaja, kencing dgn tidak dapat ditahan lagi;  

pengencingan = pekencingan 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan

kencing II
~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbausj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca
kencong I

(kéncong) Mn serong, bengkok, miring, pencong; kasut ~ kasut yg hujungnya bengkok ke atas;

mengencong membelok, menyimpang (bkn jalan dll);  

mengencongkan mengherotkan (bibir), membengkokkan; ~ perkataan orang memesongkan perkataan orang. 

kencong II
sj tumbuhan (pokok), larak, pokok girah, Ellipeia (Popowia) nervosa; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jangkang, akar larak, Fissistigma manubriatum
kencung
sj bunyi (spt bunyi cung-cung)
kencur
Jw sj tumbuhan (herba), cekur, Kaempferia galanga
kendaga

peti atau kotak kayu yg dihiasi dgn kulit kerang (atau dibebat dgn anyaman)

kendak

lelaki atau perempuan yg dijadikan teman berzina (atau teman bersekedudukan di luar nikah);  

berkendak bermukah, berzina: maka Hang Tuah pun dibuatkan orang fitnah dikatakan ia ~ dgn seorang dayang raja; memperkendak, memperkendaki menjadikan kendak, mengajak berkendak: maka gundik raja yg diperkendak oleh Hang Kasturi itu dilihat oleh Hang Tuah.  

kendal

Jw sj tumbuhan (pokok), pelekat, sekendal, sekendi, Cordia myxa (obliqua)

kendala

1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan;  

mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung.  

kendali

Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu;

mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi;  

terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; 

kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; 

pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati);  

pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir

kendana

Mn; mengendanai mengawas, mengamat-amati, menjaga

kendang
(kéndang) Mn; kendang-kendang, kendang-kendangan; kain ~ kain pakaian sehari-hari (terutamanya selendang)
kendang I
Jw gendang
kendang II
kertas se~ kertas satu rim (sebanyak 500 helai)
kendang III
sj ikan laut, Scatophagus argus
kendati
1. = kendatipun walaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku; 2. † jangankan
kendeka
(kendéka) Jk; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Avicennia marina
kendelam → kemendelam
kendera; berkendera

menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll);  

mengenderai menaiki kereta dll, menunggang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan;  

kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan yg berat-berat (spt van, lori, dsb); 

berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh;  

pengendera 1. orang yg menaiki atau menggunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. † penunggang (kuda, gajah, dll)

‹ First  < 133 134 135 136 137 >  Last ›