Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 450
Hari ini : 13.157
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 134 135 136 137 138 >  Last ›
kenderap
sj ikan air tawar, kenjing, tinggang, Bagarius bagarius
kenderi I
saga ~sj ukuran berat bagi menentukan berat emas: 12 ~ sama dgn 1 mayam.  
kenderi II
kayu ~ = ~ batang sj tumbuhan (pokok), Adenanthera pavonina
kendi I
sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin)
kendi II
burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis
kendik; berkendik-kendik
Kd berjalan terhenjut-henjut (spt orang yg memikul air)
kendil
Jw sj periuk
kendiri

bp sendiri;  

kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri

kendit

ikat pinggang, tali pinggang (drpd kain, benang, dll); kemendit 

kendo

(kéndo) sj seni bermain pedang di kalangan masyarakat Jepun

kendong
(kéndong); mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya.  
kenduduk
ubi ~ sj ubi, Dioscorea alata
kendung, kendungan

sj tumbuhan (pokok), Symplocos laurina

kendur

1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb); 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit;  

berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang);  

mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~;  

mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang;  

~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya;  

terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit;  

kekenduran perihal kendur;  

pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan

kenduri I

perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut;  

~ apam kenduri bagi menyambut mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll);  

berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri;  

mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri

kenduri II
~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina
kenegaraan
perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~ . 
kenegarawan
sifat atau kebolehan sbg negarawan
kenegatifan
perihal (keadaan) negatif
kenegerian
perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan
‹ First  < 134 135 136 137 138 >  Last ›