Ditemukan : 4220 Record
kenang
timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua;
mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);
mengenangkan 1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;
terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal;
terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan sesuatu;
kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi;
kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~.
kenanga
sj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum);
~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum
kenangan
1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi;
kenantan → kinantan
kenap
Id sj meja kecil
kenapa
bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini?
kenari I
sj tumbuhan (pokok), Canarium commune; ~ belanda sj tumbuhan (pokok), Anygdalus communis; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kedondong bahu, kedondong bulan, kedondong hutan, kedondong kerut, Canarium nitidum
kenari II
burung ~ sj burung kecil yg kuning bulunya, Serinus canarius germanicus
kenari III
ketam ~ sj ketam
kenarus
rumput ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), paku (rumput) serani, Lycopodium cernum
kenas
1. pekasam drpd lokan dll; 2. siput (kerang, tiram) yg diasinkan
kenasionalan
perihal sesuatu bangsa, kebangsaan
kenasranian
bkn Nasrani, bersifat Nasrani; Serani I
kencah → kincah
kencana
sl emas; anak-anakan ~ patung drpd emas
kencang I
1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~;
mengencang menjadi kencang (deras, pantas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~;
mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll);
memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll);
kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan
kencang II
~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung)
kencar; terkencar-kencar
tidak tahu apa yg akan dibuat, gopoh-gapah, gugup, tergesa-gesa
kenceng I
(kéncéng) C sj gurdi (bor kecil) yg diputar dgn busur
kenceng II
(kéncéng) sj kawah yg bertangkai (dibuat drpd besi atau tembaga)
|