Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 323
Hari ini : 11.917
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 137 138 139 140 141 >  Last ›
kenkacang
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, Agelaea vestila
kenodaan
keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup; 
kenohong
sj penyakit kusta; kenahang
kenop I
IB benda bulat yg dipasang pd pintu sbg pemegang atau sbg pembuka pintu (apabila diputarkan), bahagian yg bulat bentuknya pd radio (televisyen dll) yg diputarkan utk menghidupkan atau mematikan radio dsb (mengawal kecil besar suara dll)
kenop II
IB kancing baju
kenop III, kenot
IB sj pemukul drpd getah, gada getah
kenormalan
keadaan normal:~ fungsi jantung; 
kensel (kénsél)
bp; dikensel dibatalkan, dimansuhkan: oleh sebab saya kurang awas, lesen saya ~. 
kental

1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu;

mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama;  

mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; 

kentala
burung ~ sj burung
kentalan

benda yg kental;  

kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental;  

pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan;  

pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah.  

kentang
ubi ~ sj ubi (dimasak dlm gulai atau dijadikan bahan kuih), Solanum tuberrosum.
kentar
sj ukuran berat utk menimbang emas
kentara

jelas kelihatan, tampak dgn terang (nyata);  

mengentarakan menjadikan (menyebabkan) kentara, menampakkan dgn jelas (nyata); ketara

kentas → gentas
kentung

bunyi buluh atau kayu berongga dipukul;  

berkentung-kentung berbunyi spt bunyi buluh atau kayu berongga (bercabang) dipukul;  

kentung-kentung, kentungan buluh atau kayu berongga yg dijadikan alat bunyian (dipalu utk menyatakan waktu atau menyampaikan sesuatu alamat), ketuk-ketuk; ketung II

kentut I

1. angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan;  

mengentutkan mengeluarkan kentut (dgn sengaja);  

terkentut berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba

kentut II; kentut-kentut
sj tumbuhan (pokok renek), sekentut, Saprosma glomerulatum; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya dijadikan ubat), akar sekentut, Paederia foetida
kenung

1. bunyi spt bunyi gong (canang besar) dipukul; 2. Jw sj alat bunyi-bunyian spt gong

kenup → kenop II
‹ First  < 137 138 139 140 141 >  Last ›