Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 245
Hari ini : 11.199
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 139 140 141 142 143 >  Last ›
keolahragaan
perihal olahraga;      
keonaran
kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan
keong
(kéong) sj siput darat; rumah ~ kulit siput keong
keortodoksan

perihal (keadaan) ortodoks: ~ tidak menolong masa kesusahan dlm amalan sosial.  

kep I
(kép) penggalak (pd senapang); kip
kep II
(kép) bp sj tutup kepala
kep III
(kép) bp jambul
kep IV
(kép) akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar larat (larit, lerek), akar singuluh, Melodorum fulgens
kepada

1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.  

kepadaman
1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; 
kepadatan

1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; 

kepaduan
kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; 
kepagian

1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal

IB muka (buku dll), halaman

kepah I
sj remis; jenis-jenis: ~ batu, ~ bugis, ~ kurap dll
kepah II
Kl, Tr; mengepah mengulum dan menghisap: ~ daging (tebu dll)
kepahitan
1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. 
kepahlawanan
perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya.
kepai
udang ~ sj udang kecil, geragau 
kepak

1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu;  

berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok);

mengepak-ngepak = terkepak-kepakberkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); 

mengepak-ngepakkanmengibar-ngibarkan (sayap)

kepak I; mengepak

(képak) mendukung (budak dll) di rusuk

‹ First  < 139 140 141 142 143 >  Last ›